04 April 2010 - terima panggilan daripada azam dan dia suruh buka facebook untuk bagi komen kat gambo kenangan masa sekolah dulu. Sebenarnya aku malas nak buka facebook nie bukan per takut tak reti tutup@ stop. Tapi mengenangkan tanggungjawab kat kawan2, aku pun daftar akaun facebook atas nama seperti dalam kad pengenalan iaitu Mohd Asrazi dengan harapan yang pertama memudahkan kawan2 yang berhasrat bertanya khabar dan yang kedua tak payah ler aku nak perkenalkan diri kat korang semua. Doa aku untuk semua kawan2 mudah- mudahan setiap denai, sungai, jalan bandaran, jalan persekutuan, lebuhraya dan apa-apa juga jalan yang korang lalui dapat menghubungkan ke destinasi yang hendak dituju. Tapi kalau tak pasti destinasi mana yang hendak dituju teruskanlah perjalanan hingga tiba ke destinasi yang paling jauh dan yang tak pernah kita jangkakan.
No comments:
Post a Comment