04 April 2010

SUKU TAHUN PERTAMA 2010 BERLALU

Tak terasa masa berlalu begitu pantas.....banyak perkara yang aku lalui sepanjang suku tahun pertama tahun 2010. Komitmen kerja masih memonopoli sebahagian besar rutin kehidupan ku sepanjang tempoh tersebut. Namun tanggungjawab kepada keluarga dan rakan2 tetap cuba ku penuhi. Harraz baru dua minggu lepas kena 'chikenpop'...tapi alhamdulillah tak teruk mana sebab dapat kesan awal dan ambil ubat khas untuk 'chikenpop' kat klinik. Genap 5 hari dah sembuh sepenuhnya. Dokumentari perubatan syifa yang mengisahkan tentang keluarga ku juga telah ditayangkan pada awal suku tahun pertama 2010. Mudah-mudahan lebih ramai orang diluar sana terus berikhitiar sekiranya inginkan sesuatu. Sebenarnya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai hamba-Nya yang serba ke kurangan aku mengharapkan sokongan abah, mak, isteri, anak, adik beradik, rakan2 dan orang sekeliling untuk terus menyelusuri laluan hidup yang penuh cabaran. Semoga Allah swt sentiasa menganugerahkan ku kebahagian dan ketenangan dalam meniti hari esok. Amin ya robbalalamin......

No comments: