09 April 2010

KAMI PRIHATIN

Sajak Suara Hati Kanak-Kanak & Bayi Mangsa Dera @ Buang

Duhai ibu...duhai bapa...lahirnya aku ke dunia,

Bukan tiba-tiba...bukan tanpa punca,

Tetapi apa salah ku...kau dera...kau campak entah kemana,

Sedarlah ibu...sedarlah bapa...kelahiranku sebagai bukti yang Esa,

Kalau dulu kau lalai... kalau dulu kau cuai... mengapa kini kau hancur berkecai,

Sudahlah ibu...sudahlah bapa... kehadiranku patut kau rela,

Dikasih... dimanja... bukan dicela,

Tuhan itu lebih tahu....pintu keampuanan sentiasa tersedia,

Kini tangisan ibu tidak bermakna....tangisan bapa tidak berguna,

Aku pasrah kembali pada yang Esa,

Moga ibu..... moga bapa.... kembalilah ke jalan-Nya,

Ku nantikanmu bersama melangkah ke syurga.

(Nota :Kempen Kami Prihatin adalah anjuran Utusan & Karyawan dan telah dilancarkan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil pada 08 April 2010 di KL Sentral)

05 April 2010

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

04 April 2010 - terima panggilan daripada azam dan dia suruh buka facebook untuk bagi komen kat gambo kenangan masa sekolah dulu. Sebenarnya aku malas nak buka facebook nie bukan per takut tak reti tutup@ stop. Tapi mengenangkan tanggungjawab kat kawan2, aku pun daftar akaun facebook atas nama seperti dalam kad pengenalan iaitu Mohd Asrazi dengan harapan yang pertama memudahkan kawan2 yang berhasrat bertanya khabar dan yang kedua tak payah ler aku nak perkenalkan diri kat korang semua. Doa aku untuk semua kawan2 mudah- mudahan setiap denai, sungai, jalan bandaran, jalan persekutuan, lebuhraya dan apa-apa juga jalan yang korang lalui dapat menghubungkan ke destinasi yang hendak dituju. Tapi kalau tak pasti destinasi mana yang hendak dituju teruskanlah perjalanan hingga tiba ke destinasi yang paling jauh dan yang tak pernah kita jangkakan.

04 April 2010

SUKU TAHUN PERTAMA 2010 BERLALU

Tak terasa masa berlalu begitu pantas.....banyak perkara yang aku lalui sepanjang suku tahun pertama tahun 2010. Komitmen kerja masih memonopoli sebahagian besar rutin kehidupan ku sepanjang tempoh tersebut. Namun tanggungjawab kepada keluarga dan rakan2 tetap cuba ku penuhi. Harraz baru dua minggu lepas kena 'chikenpop'...tapi alhamdulillah tak teruk mana sebab dapat kesan awal dan ambil ubat khas untuk 'chikenpop' kat klinik. Genap 5 hari dah sembuh sepenuhnya. Dokumentari perubatan syifa yang mengisahkan tentang keluarga ku juga telah ditayangkan pada awal suku tahun pertama 2010. Mudah-mudahan lebih ramai orang diluar sana terus berikhitiar sekiranya inginkan sesuatu. Sebenarnya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai hamba-Nya yang serba ke kurangan aku mengharapkan sokongan abah, mak, isteri, anak, adik beradik, rakan2 dan orang sekeliling untuk terus menyelusuri laluan hidup yang penuh cabaran. Semoga Allah swt sentiasa menganugerahkan ku kebahagian dan ketenangan dalam meniti hari esok. Amin ya robbalalamin......