19 December 2008

MASUK WAD KAT HKL

Seumur hidupku tak pernah kena tahan kat wad biasanya kalau ader masalah kesihatan aku jumpa doktor dan ambik ubat dan ada kalanya dapat mc. Tapi demam yang aku alami pada 11/12/2008 memaksa aku duduk kat wad HKL. Mulanya jam 10.00 pagi (10/12/2008) badan rasa tak sedap. Aku mula minum air 100 plus sebotol. Jam 11.30 mlm (10/12/08) aku terasa badan masih tak sedap, seram sejuk, rasa lenguh2 dan nak tidor pun tak selesa. Aku terus pergi ke pusat perubatan swasta di puchong. Bila check darah bacaan platlet 68, doktor kata aku kena duduk kat wad sebab suspek Demam Denggi. Bacaan normal platlet antara 150 hingga 400. Aku mintak surat untuk rujuk ke Hospital Putrajaya. Dapat surat rujukan aku balik ke rumah sebab rasa-rasa boleh tahan lagi. Aku plan esok buat check up lagi dan kalau bacaan platlet masih rendah aku bersedia untuk duduk kat wad. Jam 8.00 pagi (11/12/2008) ujian darah yang aku buat kat HKL menunjukkan bacaan platlet naik sikit daripada 68 malam tadi kepada 71. Tapi menurut doktor aku perlu ditahan di wad untuk pemantauan lanjut. Sekali lagi aku minta doktor buat rujukan ke Hospital Putrajaya sebab dekat dengan rumah. Sebelum pergi ke Hospital Putrajaya aku sempat pergi ke sekolah isteri untuk dapatkan surat jaminan dan ke pejabat untuk serahkan tugas-tugas kepada pegawai lain untuk disempurnakan. Jam 3.30 petang (11/12/2008) aku tiba di Hospital Putrajaya siap dengan beg pakaian. Bila aku tunjukkan surat rujukan daripada HKL kakitangan Hospital Putrajaya maklumkan bahawa bacaan platlet bawah 60 baru ditahan di wad. Jadi dia minta aku datang balik esok pagi untuk buat ujian darah. Beliau juga maklumkan ujian darah boleh dibuat di mana-mana klinik kerajaan yang lain. Aku terus pergi Hospital Serdang sebab jarak dari rumah pun tak jauh. Lebih kurang jam 5.00 petang (11/12/2008) aku sampai Hospital Serdang. Kakitangan Hospital Serdang maklumkan biasanya bacaan platlet bawah 50 baru mereka tahan di wad, tapi dalam keadaan tertentu bacaan platlet sekitar 60 hingga 70 pun mereka tahad di wad. Malas nak banyak soal jawab aku terus ke HUKM. Kakitangan HUKM maklumkan bacaan platlet bawah 60 baru mereka tahad di wad. Akhirnya aku ambik keputusan untuk balik ke HKL. Sampai HKL sekitar jam 8.00 mlm (11/12/2008) aku kena buat ujian darah semula. Bacaan platlet turun jadi 68. Mungkin letih bawak kereta sorang2 daripada pagi dari rumah ke pejabat ke HKL ke sekolah isteri di sentul balik ke pejabat pastu balik ke rumah terus pergi Hospital Putrajaya pastu ke Hospital Serdang ke HUKM dan balik ke HKL. Kalu tak silap jam 9.00 malam (11/12/2008) baru aku dapat berehat di wad 18 HKL. Pada 13/12/2008 aku pindah ke wad 28. Memandangkan aku tak demam (37 darjah celcius) sepanjang dok kat wad doktor cuma masukkan air. Hari pertama kalau tak silap 6 botol air masuk dalam badan aku. Hari ke dua 2 botol. Sepanjang duduk kat wad sebanyak 2 atau 3 kali sehari aku kena cucuk untuk ambik darah. Bacaan platlet aku yang paling rendah kalau tak silap 52. Tapi ujian Denggi aku negatif. Doktor bagi tau mungkin kena serangan virus Denggi tapi tak teruk. Nasib baik aku cepat dapatkan rawatan kalau tidak mungkin bacaan platlet jauh lebih rendah dan boleh membahayakan nyawa. Pada 14/12/2008 doktor maklumkan bacaan platlet dah naik dah hampir 90 ++. Pada 15/12/2008 aku keluar wad. Menurut Doktor bagi kes-kes macam aku nie kalau bacaan platlet mula menunjukkan trend menaik dah boleh balik tak perlu tunggu sampai bacaan platlet normal. Tak sabar nak balik jumpa Harraz. Mak Haraz, sedara dan kawan ada juga melawat masa aku kat hospital. TERIMA KASIH. Doktor bagi MC sampai 18/12/2008. Hari nie 19/12/2008 aku dah mula kerja. Tahun 2008 banyak melakarkan sejarah peribadi dalam hidup aku. Harraz lahir tahun 2008, Konvo Master tahun 2008 dan akhir sekali buat pertama kali dalam hidup kena tahan kat wad pun tahun 2008. Semoga tahun 2009 yang akan aku lalui tidak akan aku persia-siakan. Hidup nie kena banyak berkorban, sampai terkorban pun tak pa demi agama, keluarga, bangsa, dan negara.

31 October 2008

MUSIM HAJI TIBA LAGI



Hari ini 2 Zulkaedah 1429H....bulan syawal dah berlalu dua hari yang lepas tapi masih ada kawan-kawan kita yang buat rumah terbuka. Tak apa lah niat baik nak eratkan silaturrahim. Kepada bakal-bakal haji semoga selamat menjalani ibadah dan mendapat haji mabrur....."lab baiek kaAllah hum ma la baiek"

PEMINTA SEDEKAH DAN BUDAK SEKOLAH

Hari nie jumaat (31/12/2008) cam biasa aku pergi masjid ada ramai peminta sedekah kat sekitar masjid. Ketika lalu dihadapan salah seorang daripada mereka (peminta sedekah) ada seorang budak sekolah kalau tak silap gayanya macam baru darjah satu menghulurkan RM1 lantas peminta sedekah tu berkata "ada ker duit lagi dik"..... peminta sedekah seolah-olah keberatan untuk menerima duit daripada budak sekolah tu. Dalam hati aku berkata "mungkin adik tu dah 2 atau 3 kali bagi duit kat peminta sedekah tu sampai peminta sedekah tu risau kalau-kalau adik tu tak da duit belanja". Amalan bersedekah memang baik tapi yang pasti kehadiran peminta sedekah yang terlalu ramai di sekitar masjid setiap kaji menjelang hari jumaat tidak patut berlaku. Yang tak sedapnya ada yang menunjukkan surat daripada pihak Jabatan Agama dan Jabatan Kebajikan. Kalau tak silap mana-mana orang atau badan yang nak mintak derma kena dapat surat kebenaran daripada pihak Polis sahaja. Berdasarkan pengamatan semakin ramai yang menghulurkan sumbangan kepada golongan ini semakin banyak bilangan peminta sedekah yang membanjiri masjid pada minggu-minggu seterusnya. Mungkin lebih baik kalau kita masukkan sumbangan derma kita dalam tabung-tabung yang di sediakan pihak masjid. Walau apa pun terserahlah kepada penderma sebab niatnya baik tetapi sekiranya peminta sedekah mengambil kesempatan di atas keprihatinan pengunjung masjid hanya Allah s.w.t yang akan membalasnya.

08 October 2008

KERETA BUAT HAL




Raya tahun nie (2008) banyak duit habis kat kereta....buat tinted, touch-up, repair air-cond, tangki air bocor. Lebih RM2k melayang.. habis duit bonus. Nak buat cam ner kereta lama cukup masa dia mintak habuan ler. Yang tak syoknyer kena time raya. Tapi kalau kena sebelum tu lagi sakit sebab nak cekau bajet mana. Tinted tu ok sebab dah plan lama. Tapi yang lain tu luar dugaan.Sabar je la. Mudah-mudahan lepas nie semuanya ok.

01 October 2008

SALAM AIDILFITRI

Raya tahun nie aku beraya bertiga dengan kehadiran anak sulungku Harraz. Seperti tahun2 lalu aku turut menyebuk untuk buat persediaan hari raya di kampung. Istimewa tahun nie aku buat lampu buluh untuk serikan malam Aidilfitri 2008.
Buat semua yang umat islam aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

18 September 2008

SELUAS PANDANGAN

Umat islam rata-rata kini sedang sebuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H...tahun nie aku beraya bertiga setelah kehadiran Harraz. Betullah apa orang tua-tua kata "hilang penat bila dapat tengok wajah anak". Raya tahun nie usia Harraz baru 3 bulan dengan berat lebih 5 kilo. So, bolehlah dia pakai baju raya sebab badan dia agak berisi. Tapi kesian kat Mama (Isteriku) sebab sampai lenguh angkat Harraz. Aku rasa bahagia bila tengok Harraz berada dalam dakapan isteri. Seolah-olah anakku disayangi. Aku harap dapat mendidik Harraz dengan sebaiknya walaupun dalam hati nie rasa tak sampai hati nak menyakitinya. Tapi kalau Harraz buat salah aku perlu kuat untuk melakukan sesuatu untuk mendidiknya. Filem Melayu arahan Tan Sri P.Ramli bertajuk Anak ku Sazali sudah cukup untuk ku jadikan panduan agar Harraz menjadi insan yang berguna.
Raya tahun nie selain beli baju dan kuih raya aku tukar cermin mata baru...cermin mata lama dah kelabu asap dengan calar balar dimerata tempat. Puncanya aku jarang memakai cermin mata tetapi lebih suka letak kat poket dan cerminnya bergesel dengan segala macam benda dalam poket. Akhirnya cermin mata tu dah tak efektif. RM363.00 nilai pelaburanku untuk melihat seluas pandangan. Harga cermin mata yang dulu pun sekitar RM3++.00 jugak. Kalau nak kira nilai dah murah dah sebab RM300 sekarang nie dah kecik berbanding RM300.00 pada 3-4 tahun dulu. Kali nie aku berazam nak pastikan jangka hayat cermin mata baru nie lebih lama. Kecuali kalau power mata yang berubah tapi sejak aku pakai cermin dulu mata kanan kekal 100 dan kiri naik 25 jadi 125. Lepas nie kena banyakkan lagi makan lobak merah..semoga penglihatanku lebih baik.

27 August 2008

MUSIM ORANG KENDURI


Bila tiba masa cuti sekolah orang kampung sibuk kenduri walimatulurus. Boleh kata hari2 ada kenduri dan yang lebih meriah sehari ada 2-3 tempat kenduri. Bila cerita pasal kenduri walimatulurus selain pengantin... makanan juga menjadi bualan. Kalau pengantin sibuk dengan mak andam...orang kat dapur sebuk dengan juadah makanan. Kat kampung oleh kerana dah jemu dengan lauk pauk kenduri yang sepesen..ayam masak merah,daging kurma, dalca dan macam-macam lagi lauk yang biasa dihidangkan semasa kenduri walimatulurus mulalah timbul lauk-lauk yang sebelum nie dianggap malu untuk dihidangkan kepada para jemputan. Tapi jemu punya pasal dan tak nak membazir keluar bajek beli ayam dan daging malah-mahal akhirnya terbuang macam tu jer. Bukan tak ada orang datang kenduri tapi orang sekadar datang dan makan sesuap dua. Bayangkan kalau 14 hari cuti sekolah (2 minggu) dan sehari ada dua atau tiga majlis kenduri dan hidangannya ayam dan daging....silap-silap muka pun dah macam ayam dan daging....Kini lauk ikan kering, ulam, sambal belacan, ikan bakar, sambal udang dan lain-lain lauk-pauk makanan harian orang kampung lebih laris dan dijamah enak oleh para jemputan. Bukan saja kos menyediakannya murah tapi licin dan semuanya tercampak ke mulut bukan terbuang begitu saja. Tapi yang peliknya kos hantaran perkahwinan terus melambung....kalau tak ada RM8 ribu ke RM10 ribu jangan mimpi nak berumahtangga. Pelik macam-mana sekalipun itulah yang perlu dilalui.

08 August 2008

JUMAAT YANG DINANTIKAN



Inilah laluanku setiap kali menjelang Jumaat. Hari nie merupakan hari yang ditunggu2 oleh ramai orang…ada yang menunggu setahun, ada yang menunggu sebulan dan ada yang menunggu seminggu….yang menunggu setahun sebab nak nikah pada tarikh 08/08/08….yang menunggu sebulan pula sebab nak daftarkan kenderaan, daftar perniagaan dan macam-macam lagi lah….dan yang tunggu seminggu mungkin sebab nak meluahkan perasaan kat pasangan masing-masing….aku tunggu 08/08/08 sebab dia jatuh pada hari jumaat. Sejak anak dan isteriku dok kampung sehingga habis pantang setiap hari jumaat lepas waktu pejabat aku mesti balik kampung dan isnin awal pagi balik ke KL terus masuk kerja. Lima tahun lebih penantian untuk aku bergelar ayah. Anakku Harraz baru berusia sebulan…belum puas aku menatap wajahnya…sebab itulah aku sanggup balik kekampung setiap hari jumaat untuk melihat wajahnya, mendengar tangisnya, memeluk ciumnya, menukar pakaikan lampinnya dan bercakap dengannya walaupun dia tak memahaminya……hilang segala keletihan tatkala melihat wajah isteri dan anak…..Harraz cucu sulung ibu dan bapaku dan cucu ke 10 ibu dan bapa mentuaku….apa yang aku harapkan semoga aku dapat menjadi seorang ayah dan suami yang boleh memberi kebahagian buat anak dan isteriku sehingga ke akhir hayat………..subhanAllah

05 August 2008

WAJAH BARU

Blog FITRAH berwajah baru dengan gabungan warna dan susunan grafik mengikut selera sendiri.... mungkin tak sehebat bloger lain yang lebih berpengalaman tapi aku puashati dengan wajah baru blog nie.....simple dan senang mata memandang.......harap para pengunjung blog nie berpuashati dengan apa yang aku persembahkan....

LAYANG-LAYANG


Coretan nie sekadar nak mengingatkan balik memori main layang2 masa kecik2 dulu...masa tu dah dok kat Triang 3. kami buat layang-layang ngan lidi kelapa je sebab lebih senang daripada buat dengan buluh. Mula2 balut ngan kertas dan main cam orang lain lari keliling padang. Tapi bila dah pandai sikit kami buat layang-layang dengan plastik...bakar paku atau besi untuk lekatkan plastik pada rangka layang-layang...pastu terbangkan sampai tiga gulung benang jahit...tingginya tak boleh nak cakap sampai nampak sebesar kepala mancis...penah sekali tu tiga hari tiga malam kami tak turunkan layang2 tu...pastu letak cebisan kertas pada tali layang2 tengok kertas tu bepusing naik ke atas sampai hilang dari pandangan. Memang seronok kalau dikenangkan zaman kanak2 dulu...masa tu game bukan jadi mainan utama sebab mahal dan susah nak dapat. biasanya mainan kami adalah benda2 yang kami buat sendiri...lastik, pistol buloh, bijik getah, golek tudung tin dan macam-macam lah...sekarang susah nak jumpa budak2 main layang2 yang mereka buat sendiri banyak yang beli.........tapi nak tengok budak main layang2 pun payah...lagi-lagi kat kawasan perumahan yang padat dan hanya ada taman permainan yang kecik......

22 July 2008

KENANGAN DI TMN UNIVERSITI INDAH

Semasa ditahun dua pengajian diperingkat ijazah pembangunan manusia aku bersama faizal (aerospace), CD (foodtech), ben (IT), sukri (IT), ramli (IT), zaidi (aerospace), mus (aerospace), dan zul (IT) menyewa sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Universiti Indah kalau tak silap sewa yang kami bayar RM600 untuk sebuah rumah. Hampir tiga tahun kami duduk sebumbung masak dan makan bersama. Selisih faham tu biasa la asam garam dalam hal rumah tangga. Ben kami anggap macam abang sulong sebab badan dia besar pastu tak pandai marah kalau senyum tu dia terror. Faizal kami punya chef sebab dia paling rajin masak yang lain pun masak juga ikut jadual. Zaidi sering buat kami berkerut dahi sebab dia lebih selesa dengan prinsip hidup dan dunianya sendiri. Sidi (CD) orangnya selamber tapi jiwangnya boleh tahan jugak la. Mus paling tak suka orang buat sepah dan kacau barang dia. Ramli pula suka gayut kat telepon dan dia yang paling awal kahwin jodoh dah sampai. Sukri suka cakap orang lain jiwang tapi dia 2 kali 5 gak. Zul orangnya selamber ditiup ke hulu ke hulu la dia ditiup ke hilir ke hilir lah dia. Bayangkan kami dok sembilan orang dalam satu rumah dengan sembilan perangai so meriah tak berkesudahan.

Semalam 21/7/2008 tetiba aku dapat panggilan telepon daripada faizal orang yang paling rapat dengan aku masa dok serumah dulu. Sekarang dia join TUDM dan dah kawin ngan doktor lagi. Aku tumpang gembira dengan kejayaannya sekarang maklumlah kesusahan yang dulu dilalui telah membuahkan hasil. Housemate lain pun dengar cerita hebat-hebat belaka. Baguslah sekurang-kurangnya kita dapat buktikan kemampuan kita.

11 June 2008

MENGHITUNG HARI

Pejam celik dah sebulan isteriku ditahan diwad....hampir setiap hari selepas kerja aku ulang alik ke Hospital Putrajaya. Nasib baik dah ada highway KL-Putrajaya, walaupun tol dia RM2.50 tapi dapat jimatkan masa. Duit....tak payah kira la, ada pakai tak da pakai kad kredit. Kalau dulu isi minyak kereta kancil RM45-50 dah penuh. Tapi bebaru nie minyak naik RM0.78 isi RM70 baru penuh. Honda tak penah isi lepas minyak naik harga. Pejam mata leret je kat kredit kat stesen minyak, itu je yang mampu kita buat. Cukup bulan bayar hutang. Hujung bulan kering kontang. Kalau takda aral isteriku kena bedah 30 Jun nie. Harap-harap semuanya ok. Aku harap dia dapat kawal emosi dan tak terlalu tension. Hari ini dah masuk minggu ke 34 dan tadi dia bagi tau baby aktif bergerak sampai rahim nampak senget-senget dan terpaksa baring kat katil je. Tak larat nak bangun katanya. Hari nie aku tak melawat dia kat hospital, so jimat sikit belanja. Itupun atas permintaan dia. Kalau ikutkan aku hari-hari nak pergi hospital walaupun penat. Lagi pun abah dan mak selalu pesan masa-masa nie aku kena banyak berkorban..........

30 May 2008

MEI 2008 YANG DIPENUHI CABARAN

Mei merupakan bulan terakhir bagi aku menyiapkan kertas projek pengajian di UPM, Isteriku ditahan di Hospital kerana kandungannya memerlukan pengawasan doktor pada Mei, Adikku melaporkan diri di pusat Matrikulasi Melaka juga pada bulan Mei, Majlis perkahwinan abangku juga pada bulan Mei, Tekanan kerja di pejabat juga bermula Mei.....serabut dibuatnya. Yang mampu ku ucapkan TERIMA KASIH kepada semua.

Lusa Mei 2008 akan berlalu....segala cabaran yang ku lalui hanya tinggal kenangan. Yang pasti pengajian ku telah tamat pada Mei. Tak sia-sia wang yang dilaburkan untuk bayar yuran RM14 ribu dan lain-lain kos lebih kurang RM1 ribu. InsyaAllah Oktober 2008 buat sekian kalinya kakiku akan melangkah di atas pentas konvokesyen. Ada juga rakan-rakan yang meneruskan pengajian ke peringkat PhD. Aku memilih untuk berehat dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Mungkin aku belum bersedia mengikut jejak langkah mereka. Lagi pun aku perlu belajar menjadi Bapa. Bapa kepada anak yang bakal lahir. Lima tahun berlalu aku telah sedaya upaya menjadi anak, adik, abang, cucu dan suami yang baik. Malah berusaha menjadi sahabat dan pekerja yang baik. Segala kekurangan yang berlaku adalah di atas kelemahanku sendiri. Fitrah sebagai manusia yang sentiasa menginginkan yang lebih baik.

15 February 2008

REALITI KEHIDUPAN LEBIH INDAH DARIPADA MIMPI

Orang selalu berkata "hidup tak seindah mimpi". Itu bagi mimpi yang indah.... tapi bagi mimpi yang ngeri kita patut berkata "hidup lebih indah daripada mimpi yang ngeri"... Kita yang menentukan arah tuju kehidupan, jadi pilih ditangan kita dan menjadi FITRAH manusia untuk mencari dan menjadi yang baik.

02 January 2008

2008....USAHA TANPA JEMU

Rata-rata kita diperdengarkan dengan pelbagai macam azam daripada pelbagai macam orang dikala menyambut tahun baru. Tak kurang pula yang menyambung azam tahun lalu yang tak kesampaian. Ada juga yang hanya melalui kehidupan ini tanpa meletakkan sebarang azam. Namun yang pasti, semua orang mahukan yang terbaik walaupun ada yang menyedari perbuatan mereka sebenarnya tidak baik. Itu soal keinginan dan kemampuan. Inginkan yang elok tapi tak mampu buat yang elok.

Adalah lebih baik kita merancang untuk masa depan, tetapi jangan terlalu merancang untuk masa depan. Kehidupan mahu tak mahu kita perlu lalui. Tanpa perancangan kita jua bisa hidup. Jangan jadikan perancangan sebagai helah yang akhirnya meletakkan kita ditakuk lama. Tak boleh buat itu risiko. Tak boleh buat ini bahaya. Tak boleh macam tu payah. Tak boleh macam ni sukar.

Sebenarnya risikolah yang membuatkan kita berjaya. Bahaya menjadikan kita lebih berwaspada. Kepayahan dan kesukaran sesuatu yang sementara. Nikmat bahagia hanya dapat dirasai oleh mereka yang tak pernah rasa bahagia. Nikmat kesenangan juga hanya dirasai oleh mereka yang tak pernah senang.

Pilihlah....jalan mana yang hendak kita lalui. Mudah-mudahan usaha tanpa jemu dapat mengubah segalanya......