Saban tahun kita dikhabarkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalan raya ketika musim perayaan. Sehingga hari ini belum ada ubat atau formula yang berkesan bagi 'mengubatinya'. Kita sering diperdengarkan punca kemalangan adalah disebabkan antaranya faktor cuaca, keadaan jalan dan kecuaian manusia.
Namun demikian apabila dilihat dengan lebih mendalam kemalangan jalan raya berpunca daripada satu sebab iaitu 'kita' yang gagal merancang. Mengapa tidak lebih berhati-hati ketika dalam keadaan cuaca buruk? Mengapa tidak dibaiki keadaan jalan yang rosak dan tidak selamat untuk digunakan? dan banyak lagi persoalan yang boleh diajukan untuk menyatakan kegagalan kita dalam merancang.
Cuba kita lihat kecuaian manusia dalam konteks yang lebih luas. Manusia cuai dalam mamastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Manusia juga cuai dalam pemanduan. Malah manusia cuai menyediakan infrastruktur yang selamat. Ini bermakna kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia. Tapi siapa manusia?
Maka wajarlah kita memainkan peranan sebagai manusia bagi mengurangkan atau mensifarkan kemalangan jalan raya. Jangan gadaikan FITRAH kita sebagai manusia untuk kepentingan sendiri.

2 comments:
Setiap orang bertanggungjawab mengurangkan kadar kemalangan
manusia adalah makhluk paling hebat di muka bumu ini dan akan mampu untuk mencari jalan menghapuskan terus kemalangan maut...http://cat-world.50webs.com
Post a Comment