14 June 2013
19 May 2013
Perkara berkenaan rumah lelong yang anda tidak diberitahu
Sumber teks : http://my.journalku.com/archives/perkara-berkenaan-rumah-lelong-yang-anda-tidak-diberitahu.html
Berbanding pada waktu dahulu, harga rumah
sekarang sudah mencanak naiknya. Walaupun ada inisiatif kerajaan untuk
membendung pembelian rumah yang bertujuan untuk dijual atau disewa, namun harga
rumah tetap meningkat. Walaupun terdapat usaha untuk memberi insentif kepada
penduduk untuk membeli rumah pertama, namun ia telah disalahguna oleh sesetengah
pihak untuk menaikkan harga pembinaan. Spekulator juga salah satu penyebab
kenaikan harga kerana mereka tidak dibelenggu dengan had pinjaman yang
ditentukan oleh bank. Berbalik kepada kisah rumah lelong, terdapat beberapa
perkara yang tidak diberitahu jika anda bertujuan membeli rumah lelong. Tips ini
adalah berdasarkan pengalaman daku sendiri. Antaranya ialah:
1. Sebelum lelong – Keadaan Rumah yang hendak dibeli
Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum
masuk membida ialah melihat sendiri rumah tersebut. Lihat dengan mata sendiri
bagaimana keadaan rumah tersebut, persekitaran, akses ke kemudahan berdekatan;
kedai, klinik, stesen bas, stesen lrt, restoran dan ambil tahu penyebab rumah
tersebut dilelong. Selain itu, jika ia adalah apartment, pastikan anda bertanya
tentang kos selenggara (maintenance fee) sebagai tambahan kepada installment
yang anda bayar kepada bank setiap bulan.
2. Semasa lelong – 10 Percent downpayment dan cas extra
Selepas anda membida, jika anda tidak bernasib
baik, harga rumah akan melambung tinggi melepasi taraf yang anda harapkan. Namun
begitu jika anda masih cekal, anda akan menang juga membida juga dengan harga
dibawah pasaran. Ingat, jangan membida pada atas harga pasaran melainkan ia
mempunyai sentimental value kepada anda. Jadi, setelah selesai bida, anda perlu
menjelaskan baki lagi nilai yang anda telah naikkan tersebut.
Katakan harga reserved ialah RM200k, dan selepas
bida, anda menang dengan harga RM280k. Maka terdapat RM80k perbezaan, dan 10%
daripada nilai itu iaitu RM8k perlu dijelaskan ketika itu juga tatkala anda
ingin mengambil tandatangan dan resit downpayment tersebut.
3. Semasa lelong – Ulat-ulat Peminta Sedekah
Sebelum anda melangkah masuk ke tempat membida,
jika anda duduk di luar bersama segerombolan pembida lain, akan ada beberapa
orang akan mendekati anda bertanyakan rumah yang ingin anda bida. Jika anda
bijak, anda tidak perlu memberitahu mereka. Namun begitu jika anda merasakan
mereka juga turut inginkan rumah tersebut, maka kawtim akan dilakukan.
Selalunya, kalau sesama agen,
“kasikla pj, asik you je”
‘ok la.. cincai 500′
“so berapa orang”
‘dia, dengan dia, ngan i. so 4 orang.’
“kasikla pj, asik you je”
‘ok la.. cincai 500′
“so berapa orang”
‘dia, dengan dia, ngan i. so 4 orang.’
Kalau dengan anda, kemungkinan mereka tidak mahu membida rumah tersebut, namun mereka kawtim juga untuk mendapat wang lebih. ‘kalau u kasik 1(k), i tarik diri’
“kalau i nak kasi you, i nak reserved price!” ha, katakan begini
Jadi, worse case scenario, duit lebih dalam RM1k-RM4k juga diperlukan jika anda ingin melakukan kawtim diluar. Pastikan anda kawtim dengan orang yang betul -betul mahukan rumah tersebut sebagai konsolasi jika anda menang tanpa bertanding. Kadang-kadang kawtim juga lebih murah jika anda masuk bid terus. Katakan harga rumah RM100k, 4 orang masuk. RM1k sorang, jadi total RM104k. Kalau masuk bid kemungkinan harga naik sehingga RM120k misalnya.
4. Selepas lelong – Peguam Tidak Mahu Ambil Kes atau Sengaja Lewatkan Proses
Komisyen kepada peguam selalunya diberikan oleh
bank. Komisyen adalah berdasarkan percentage kepada harga rumah. Jadi bagi
rumah-rumah yang dimenangi dibawah RM50k, mimpi ngeri anda baru sahaja bermula.
Walaupun bank mudah menerima permohonan anda kerana rumah dibawah RM50k iaitu
harga murah, pencarian peguam yang sanggup lakukan untuk anda bakal bermula.
Jika anda kenal dan baik dengan mana-mana peguam, ia adalah sesuatu yang
advantage bagi anda. Jika tidak, anda mungkin terseksa dengan tidak dapat
mana-aman peguam, dan jika dapat, peguam tersebut akan meletakkan priority yang
rendah untuk rumah itu menjadikan ia melebihi tempoh yang ditetapkan. Jika anda
terlewat membayar kepada Assignee/Plaintif, maka penalti akan dikenakan
berdasarkan harga harian. Jadi mulai hari ini, anda berkawanlah dengan peguam
hartanah atau kenal mana-mana peguam yang baik hati yang sanggup tolong anda
nanti.

Worst case scenario, anda beli sahaja rumah itu
dengan cash (wang tunai). Sumber kewangan anda bergantunglah sama ada personal
loan, loan shark atau sedara-mara, adik, abang, ayah dan lain-lain lagi.

5. Selepas lelong – Bil tunggakan dan sewa rumah
Selalunya, maintenace fee dengan cukai boleh
diclaim semula dengan bank yang melelong melalui peguam. Tetapi bil elektrik dan
air sebelum ini anda kena setelkan sendiri. Namun, jika tidak silap saya
sekarang boleh buat seperate bil / bil berasingan iaitu untuk bil kepada diri
anda sendiri atau kepada penyewa rumah tersebut. Anda cuma memerlukan Tenancy
Agreement yang menyatakan hal tersebut. Maka jika teori ini betul,
berkemungkinan bil yang tertunggak tersebut juga tidak perlu dijelaskan anda.
Selain bil elektrik dan bil air, cukai tanah dan cukai pintu juga perlu dipindah
nama oleh anda selepas memperoleh Sale And Purchased Agreement (S&P/ SPA)
daripada bank.
Bagi sewa rumah pula, anda perlu membuat Tenancy
Agreement kepada penyewa. Untung-untung anda mendapat wang sewaan percuma selama
empat bulan semasa proses permohonan bank tersebut diluluskan.
Semoga ia membantu anda.
Sumber teks : http://my.journalku.com/archives/perkara-berkenaan-rumah-lelong-yang-anda-tidak-diberitahu.html
Subscribe to:
Posts (Atom)