07 December 2012
HILANG 1 MINIT JANTUNG RASA TERHENTI
Dah masuk bulan Disember 2012. Tidak lama lagi tarikh 27/12/2012 akan tiba. Bila tiba tarikh tu bermakna usia perkahwinanku mencecah 10 tahun. Bermacam pengalaman hidup yang dah aku lalui walaupun mungkin usia perkahwinan boleh dianggap setahun jagung pada mereka yang telah melayari bahtera perkahwinan 30-40 tahun. Harraz anak sulung ku semakin lincah kala usianya kini hampir lima tahun. Dulu dia hilang di Sogo dan terbaru di Mydin Subang Jaya. Walaupun hanya satu minit dia hilang dari pengawasan aku dan isteri ia sudah cukup buat darah dan jantung kami umpama terhenti. Puncanya apabila aku mengalihkan pandangan untuk membeli token yang akan digunakan untuk dia bermain kereta mainan. Tiba-tiba dia hilang dari pandangan dan aku sempat bertanya dua tiga orang sekitar kalau-kalau ternampak kelibatnya ternyata hampa. Dalam cemas isteri ku ternampak dia sedang berjalan di hujung kedai untuk kembali ke tempat permainan dan aku terus mendapatkanya. Sama seperti di Sogo tempohari dia rupanya pergi berjalan untuk buat pusingan dan kembali ke tempat permainannya. Moga pengalaman itu tidak akan berulang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)