07 December 2012

HILANG 1 MINIT JANTUNG RASA TERHENTI

Dah masuk bulan Disember 2012. Tidak lama lagi tarikh 27/12/2012 akan tiba. Bila tiba tarikh tu bermakna usia perkahwinanku mencecah 10 tahun. Bermacam pengalaman hidup yang dah aku lalui walaupun mungkin usia perkahwinan boleh dianggap setahun jagung pada mereka yang telah melayari bahtera perkahwinan 30-40 tahun. Harraz anak sulung ku semakin lincah kala usianya kini hampir lima tahun. Dulu dia hilang di Sogo dan terbaru di Mydin Subang Jaya. Walaupun hanya satu minit dia hilang dari pengawasan aku dan isteri ia sudah cukup buat darah dan jantung kami umpama terhenti. Puncanya apabila aku mengalihkan pandangan untuk membeli token yang akan digunakan untuk dia bermain kereta mainan. Tiba-tiba dia hilang dari pandangan dan aku sempat bertanya dua tiga orang sekitar kalau-kalau ternampak kelibatnya ternyata hampa. Dalam cemas isteri ku ternampak dia sedang berjalan di hujung kedai untuk kembali ke tempat permainan dan aku terus mendapatkanya. Sama seperti di Sogo tempohari dia rupanya pergi berjalan untuk buat pusingan dan kembali ke tempat permainannya. Moga pengalaman itu tidak akan berulang lagi.

25 February 2012

ECU + FUEL PUMP RELAY CIVIC SO4 EJ 1996

Dah lama tak update blog nie. Bukan apa, sebab takda apa2 kisah yang nak dikongsikan kepada umum. Kali ini saya nak cerita pasal masalah kereta disebabkan kerosakan ECU @ Computer Box dan Fuel Pump Relay @ Main Relay bagi model Civic EJ @ SO4 keluaran tahun 1996. Tahun nie dah cecah 16 tahun umur kereta tu. Kerosakan komponen tersebut boleh dikesan awal apabila lampu enjin menyala secara tiba2 sewaktu kenderaan sedang dipandu. Biasanya saya akan berhenti untuk matikan enjin kereta sebelum menghidupkan semula untuk meneruskan pemanduan. Kalau bawak ke bengkel perkara pertama yang akan di 'check' oleh pomen tentulah enjin sensor yang mungkin telah rosak. Kos tukar enjin sensor termasuk upah dalam RM40-50 sahaja. Tapi sekiranya masalah tersebut bukan disebabkan kegagalan enjin sensor berfungsi kenderaan kita akan mula mengalami masalah sukar dihidupkan terutama waktu pagi atau semasa enjin dalam keadaan sejuk (lepas parking dalam tempoh yang lama). Apa yang berlaku adalah apabila kunci telah di 'on' kan lampu enjin lambat padam dan enjin hanya boleh dihidupkan setelah lampu enjin padam dalam jangkamasa 3-5 minit. Bila kita bawa kenderaan ke bengkel mungkin pomen mengatakan masalah tersebut disebabkan kerosakan stater, distributer atau bateri lemah. Sebenarnya kita tidak perlu membazirkan wang untuk menukar komponen tersebut. Apa yang perlu repair sebenarnya adalah ECU + Fuel Pump Relay. Harga pasaran ECU terpakai sekitar RM1-2k manakala harga relay baru (bulan terpakai) RM120-180. Dalam kes saya papan litar ECU masih dalam keadaan baik dan kos baikpulih kapsitor dll RM400. Bengkel yang mempunyai kemahiran membaikpulih ECU terletak berhampiran Parkson (Klang Prade). No. telefon tokey kedai yang saya maksudkan o12-2030102 (Mr Ang). Saya dapat no contact Mr Ang melalui ruangan forum di internet. Menariknya Mr Ang siap bagi jaminan sebulan. Alhamdulullah, kini kereta saya dalam keadaan tip-top walaupun telah berusia 16 tahun.