24 August 2010

PERISTIWA RAMADHAN 1431H

Alhamdulillah...sekali lagi umat islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kemeriahan suasana persediaan menyambut kedatangan syawal kian terasa. Pusat-pusat membeli belah telah mula dibanjiri orang ramai membeli belah dan membeli pakaian baru untuk digayakan di pagi syawal. Malah ada juga yang telah awal-awal lagi membuat persediaan sebelum tibanya ramadhan bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat membeli belah. Banyak risiko yang perlu dihadapi apabila bersesak di pusat-pusat membeli belah antaranya penyeluk saku, keciciran anak, ketiadaan tempat letak kereta, kesesakan teruk lalulintas dan sebagainya. Baru-baru ini (22hb Ogos 2010 bersamaan 12 Ramadhan 1431h) aku ada membawa anak dan isteri ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan SOGO. Sewaktu di SOGO aku membawa anakku Harraz bermain di ruang permainan kanak-kanak ditingkat 4. Aku perhatikan setiap gerak-geri Harraz sewaktu dia bermain. Tiba-tiba Harraz berlari meluru keluar daripada tempat permainan dan aku terus mengejarnya. Harraz hilang dari pandangan dek kesesakan orang ramai. Aku mula panik dan rasa menggeletar seluruh badan kerana gagal mengesannya. Aku cuba mencarinya di lorong2 pakaian kanak2 diluar tempat permainan tetapi Harraz tidak juga kelihatan. Dibenak fikiranku telah terbayang bermacam-macam perkara buruk terutama berkenaan kes kehilangan kanak-kanak. Akhirnya setelah beberapa kali aku mengelilingi kawasan sekitar dan bertanyakan kepada beberapa orang pengunjung ("Encik ada nampak budak pakai baju kuning lalu kawasan nie tak?") tetapi tidak berhasil aku masuk semula ke dalam taman permainan kanak-kanak dan aku lihat Harraz berdiri disebelah kereta sorongnya. Aku terus mendakap dan mencium Harraz. Walaupun Harraz telah aku temui seluruh tubuhku masih menggeletar dan setelah 2-3 minit barulah perasaan itu reda. Rupa-rupanya semasa kejadian itu berlaku Harraz berlari keluar dicelah2 kesesakan orang ramai dan dia berpatah balik masuk ke dalam tempat permainan tetapi dek kerana terlalu sesak dengan orang ramai aku tidak dapat melepasi mereka untuk mengikut jejak Harraz dan hilang dari pandangan. Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa itu adalah aku perlu lebih berhati-hati, peka dan pantas dalam mengawasi pergerakan Harraz dalam semua keadaan. Aku berdoa semoga peristiwa tersebut tidak berulang. Amin ya rabbal alamin.