06 July 2010

MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN

Taman Puchong Utama.... Setiap yang datang akan pergi dan setiap pertemuan ada perpisahan. Terlalu banyak kenangan pahit manis dan suka duka yang aku lalui disini akan ku simpan dalam lipatan memori perjalanan hidup ini. Mudah-mudahan tempat ini terus berbakti dalam diari hidup ku.

BERAKHIRNYA SATU PENANTIAN

02 Julai 2010 (10.30 pg) Taman Mutiara Indah, Puchong ............
Akhirnya apa yang di nanti berada dalam genggaman. Alhamdulillah syukur...walaupun apa yang diterima tak seperti yang diharapkan. Lumrah dunia...tak semua yang diharapkan akan diperolehi. Cabaran seterusnya adalah untuk menghasilkan sentuhan kreatif berdasarkan kemampuan diri. Moga apa yang diimpikan dapat menjadi realiti.