31 December 2009
TAHUN 2009 YANG PENUH BERMAKNA
Jalan-jalan sekitar KL dah mula sesak. Maklumlah, ramai yang nak menyambut ketibaan ambang 2010 tepat jam 12.00 malam nie. Ada lebih kurang 6 jam 10 minit je lagi Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Putrajaya, Kuching, Kota Kinabalu akan digegarkan dengan letupan bunga api yang bakal mewarnai ruangan di udara dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Alhamdulillah, syukur kehadirat ilahi kerana telah memudahkan laluan ku sepanjang tahun 2009 ini. Ku rasakan pencapaian tahun 2009 penuh bermakna dan kelemahan atau kegagalanku pada tahun 2009 akan ku perbaiki pada tahun 2010. Sebagai hamba Allah s.w.t aku telah sedaya upaya berperanan sebagai khalifah di bumi ini, sebagai anak aku telah berjaya melawat ibu bapa dan ibu bapa mentua di kampung hampir setiap bulan, sebagai suami aku telah berjaya menguruskan hal rumah tangga dengan penuh tanggungjawab, sebagai ayah aku telah berjaya menyempurnakan tanggungjawabku terhadap keperluan Harraz, sebagai cucu aku juga telah berjaya melawat nenek kira-kira 4 kali setahun, sebagai pekerja aku telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh didikasi dan profesional, sebagai warganegara aku telah berusaha merancakkan ekonomi dengan berbelanja dan menstruktur semula pinjaman serta meningkatkan jumlah aset alih dan aset tak alih yang sekaligus meningkatkan jumlah pinjaman berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga. Apa saja yang aku lalukan hanyalah untuk menyempurnakan pesanan keramat ibu bapa supaya menebus maruah keluarga daripada belenggu kemiskinan dan kehinaan. Ya Allah...berikan aku kekuatan untuk terus menempuh hari-hari mendatang yang penuh cabaran...aminnnn.
Subscribe to:
Posts (Atom)