31 December 2009
TAHUN 2009 YANG PENUH BERMAKNA
Jalan-jalan sekitar KL dah mula sesak. Maklumlah, ramai yang nak menyambut ketibaan ambang 2010 tepat jam 12.00 malam nie. Ada lebih kurang 6 jam 10 minit je lagi Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Putrajaya, Kuching, Kota Kinabalu akan digegarkan dengan letupan bunga api yang bakal mewarnai ruangan di udara dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Alhamdulillah, syukur kehadirat ilahi kerana telah memudahkan laluan ku sepanjang tahun 2009 ini. Ku rasakan pencapaian tahun 2009 penuh bermakna dan kelemahan atau kegagalanku pada tahun 2009 akan ku perbaiki pada tahun 2010. Sebagai hamba Allah s.w.t aku telah sedaya upaya berperanan sebagai khalifah di bumi ini, sebagai anak aku telah berjaya melawat ibu bapa dan ibu bapa mentua di kampung hampir setiap bulan, sebagai suami aku telah berjaya menguruskan hal rumah tangga dengan penuh tanggungjawab, sebagai ayah aku telah berjaya menyempurnakan tanggungjawabku terhadap keperluan Harraz, sebagai cucu aku juga telah berjaya melawat nenek kira-kira 4 kali setahun, sebagai pekerja aku telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh didikasi dan profesional, sebagai warganegara aku telah berusaha merancakkan ekonomi dengan berbelanja dan menstruktur semula pinjaman serta meningkatkan jumlah aset alih dan aset tak alih yang sekaligus meningkatkan jumlah pinjaman berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga. Apa saja yang aku lalukan hanyalah untuk menyempurnakan pesanan keramat ibu bapa supaya menebus maruah keluarga daripada belenggu kemiskinan dan kehinaan. Ya Allah...berikan aku kekuatan untuk terus menempuh hari-hari mendatang yang penuh cabaran...aminnnn.
13 November 2009
ANAK AYAH DAH BESAR

Harraz dah besar. Umur dah 1 tahun 5 bulan. Dah banyak keletah yang melucukan sehingga membuatkan ayah tersenyum bila mengenangkannya dipejabat, ditengah kesesakan lalulintas dan dimana sahaja. Walaupun adik (harraz) belum pandai bercakap tapi ayah faham adik tak sabar tunggu hari cuti sebab ayah dan mama akan bawa adik jalan-jalan kat taman permainan. Bila tiba hari kerja adik akan meragam tak nak duduk kat rumah pengasuh. Tapi dik...itulah rutin yang adik kena lalui. Bukan setiap masa boleh bermain. Adik kena faham ayah dan mama ada tanggungjawab lain dan kena pergi kerja. Kalau ikutkan hati memang ayah suka bersama-sama adik diwaktu adik mula membesar. Ayah perhatikan sekarang nie adik dah pandai merajuk bila tak dapat apa yang adik nak. Ayah dan mama selalu berdoa semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Aminnnnn...
AKU DAN BANK
Hemmmm....bagi orang yang makan gaji macam aku nie tak peliklah bunyinya kalau sering berurusan dengan bank. Kalau dihitung aku pernah menjadi pelanggan 14 buah bank antaranya Maybank,BSN, Bank Bumiputera atau kini dikenali CIMB, Eon Bank, Citibank, Affin Bank, Bank Rakyat, Ambank, Hong Leong Bank, Standart Charted, Bank Islam, OCBC, Bank Pertanian atau kini dikenali AgroBank, RHB Bank. Kebanyakannya adalah untuk akaun kad kredit kecuali Maybank-Simpanan, Ambank-Sewa Beli Kereta,OCBC & AgroBank-Pinjaman Peribadi dan RHB Bank - Pinjaman Perumahan.
Kad kredit banyak membantu aku ketika tengah kering tapi setiap perbelanjaan yang menggunakan kad kredit aku pastikan hanya untuk perkara yang betul-betul perlu bukan sekadar berbelanja. Alhamdulillah..sejak tahun 2002 aku menggunakan kad kredit tak pernah sekalipun aku rasa kad kredit membebankan. Pernah dalam satu-satu masa aku memiliki 6 kad kredit dan jumlah tersebut berkurangan disebabkan terdapat bank yang hanya mempunyai cawangan yang terhad dan menyukarkan urusan pembayaran. Usaha aku mengurangkan bilangan kad kredit hanya berjaya bertahan 2-3 tahun sahaja dan kini aku memiliki semula 6 kad kredit. Tapi aku tak kisah sebab kad kredit aku anggap hanya sebagai satu instrumen bayaran dalam waktu-waktu kecederaan. Faedah yang aku bayar kepada bank aku anggap sebagai sumbangan untuk ekonomi negara.
29 August 2009
TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM YB SENATOR PROF DATUK DR ISMAIL MD SALLEH
Tanggal 27 Ogos 2009 orang yang saya kagumi Allahyarham Y.B. Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh telah kembali kerahmatullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan saleh. Amin.....Buat Y.Bhg. Datin Hasnah Bt. Wahab, anak-anak serta keluarga Allahyarham semoga tabah dan sentiasa dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam segala urusan dan semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t. Amin....
05 August 2009
BILA ANAK AYAH NAK BERJALAN
Harraz dah berumur 1 tahun 1 bulan. Rasa macam baru semalam ayah azankan kelahiran-mu sayang. Sekarang Harraz dah pandai masukkan duit dalam tabung. Kalu dulu ayah kena bukak penutup tabung tapi sekarang adik dah pandai masukkan duit dalam tabung ikut lubang syiling. Tapi bila Harraz nak berjalan sendiri, hari-hari adik mintak ayah pimpin dan kalau ayah tak layan adik marah (menangis). Seingat ayah adik pernah bejalan seorang macam robot dalam 5 langkah tapi jarang-jarang. Selalunya mesti cari tangan ayah kalau Harraz nak sepak bola. Tak apa la dik mungkin raya hujung bulan 9 nie adik dah boleh berjalan. Sayang Harraz. Terima Kasih Mama (isteriku).
1MALAYSIA

Logo 1Malaysia rasanya sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana boleh dikatakan setiap hari golongan pemimpin kita memperkatakannya di TV, Radio dan Surat Khabar dengan pelbagai hujah dalam memperjuangkan konsep baru 1Malaysia. Sesiapa sahaja berhak mentafsir konsep 1Malaysia berdasarkan ideologinya tetapi bagi saya biarlah tafsiran itu membawa kepada kebaikan dan tidak dijadikan alat untuk memecah belahkan masyarakat negara kita yang datangnya daripada pelbagai latarbelakang. Cuba fikir dan renungkan dimana peranan kita dalam memastikan negara ini terus aman dan damai untuk kita wariskan kepada generasi akan datang.
16 April 2009
TAHNIAH PROTON

Wah! bangga rasanya proton dapat keluarkan produk secantik exora. Harganya pun murah jika dibandingkan dengan MPV keluaran lain-lain pengeluar kereta. Kalau ikutkan hati memang nak beli tapi rasanya buat masa nie saiz keluarga kami masih belum memerlukan sebuah kenderaan seluas exora. Semoga proton dapat terus meningkatkan kualiti keseluruhan produknya supaya dapat memenuhi citarasa pengguna hari ini. Jauh disudut hati saya masih tertanya-tanya sama ada exora mampu membuatkan pemiliknya rasa senang hati sekurag-kurangnya untuk tempoh masa 5 hingga 6 tahun. Bukan apa sejujurnya saya yang masih menggunakan kenderaan 'second-hand' keluaran HONDA yang telah berusia lebih 12 tahun (model civic tahun 1996) walaupun terpaksa melayan banyak kerenahnya tetapi dapat merasai kepuasan menggunakannya. Sekali pandang exora membuatkan saya cukup berbangga. Tahniah PROTON.
15 April 2009
SUKU TAHUN PERTAMA 2009 BERLALU
Minggu lepas 11hb April 2009 (Sabtu), saya bersama keluarga mengambil peluang cuti hujung minggu untuk balik ke kampung. Walaupun masa agak terhad dan hanya dapat bermalam di rumah mentua satu malam dan hanya dapat beberapa jam berjumpa mak dan abah pada 12hb April 2009 (Ahad) tapi ianya cukup bermakna. Ketenangan dan keceriaan berjumpa mak, abah, mak mentua dan abah mentua sekurang-kurangnya dapat melegakan kekusutan bersarang di kepala. Sudah pasti anak kami Harraz menjadi tumpuan keluarga di kampung. Sekurang-kurangnya rindu atuk dan nenek Harraz terubat. Maklumlah sejak kebelakangan ini mereka sering dikhabarkan dengan keadaan kesihatan cucunya yang selalu demam. Kalau ikutkan hati memang nak duduk lama dekat kampung tetapi komitmen kerja tidak mengizinkan. Isteriku seorang pendidik sejak kebelakangan ni perlu memberi komitmen bekerja setiap hari sabtu. Semoga penat lelahnya berbaloi paling tidak anak didiknya dapat menjadi insan berguna suatu hari nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)