30 May 2008

MEI 2008 YANG DIPENUHI CABARAN

Mei merupakan bulan terakhir bagi aku menyiapkan kertas projek pengajian di UPM, Isteriku ditahan di Hospital kerana kandungannya memerlukan pengawasan doktor pada Mei, Adikku melaporkan diri di pusat Matrikulasi Melaka juga pada bulan Mei, Majlis perkahwinan abangku juga pada bulan Mei, Tekanan kerja di pejabat juga bermula Mei.....serabut dibuatnya. Yang mampu ku ucapkan TERIMA KASIH kepada semua.

Lusa Mei 2008 akan berlalu....segala cabaran yang ku lalui hanya tinggal kenangan. Yang pasti pengajian ku telah tamat pada Mei. Tak sia-sia wang yang dilaburkan untuk bayar yuran RM14 ribu dan lain-lain kos lebih kurang RM1 ribu. InsyaAllah Oktober 2008 buat sekian kalinya kakiku akan melangkah di atas pentas konvokesyen. Ada juga rakan-rakan yang meneruskan pengajian ke peringkat PhD. Aku memilih untuk berehat dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Mungkin aku belum bersedia mengikut jejak langkah mereka. Lagi pun aku perlu belajar menjadi Bapa. Bapa kepada anak yang bakal lahir. Lima tahun berlalu aku telah sedaya upaya menjadi anak, adik, abang, cucu dan suami yang baik. Malah berusaha menjadi sahabat dan pekerja yang baik. Segala kekurangan yang berlaku adalah di atas kelemahanku sendiri. Fitrah sebagai manusia yang sentiasa menginginkan yang lebih baik.