02 January 2008

2008....USAHA TANPA JEMU

Rata-rata kita diperdengarkan dengan pelbagai macam azam daripada pelbagai macam orang dikala menyambut tahun baru. Tak kurang pula yang menyambung azam tahun lalu yang tak kesampaian. Ada juga yang hanya melalui kehidupan ini tanpa meletakkan sebarang azam. Namun yang pasti, semua orang mahukan yang terbaik walaupun ada yang menyedari perbuatan mereka sebenarnya tidak baik. Itu soal keinginan dan kemampuan. Inginkan yang elok tapi tak mampu buat yang elok.

Adalah lebih baik kita merancang untuk masa depan, tetapi jangan terlalu merancang untuk masa depan. Kehidupan mahu tak mahu kita perlu lalui. Tanpa perancangan kita jua bisa hidup. Jangan jadikan perancangan sebagai helah yang akhirnya meletakkan kita ditakuk lama. Tak boleh buat itu risiko. Tak boleh buat ini bahaya. Tak boleh macam tu payah. Tak boleh macam ni sukar.

Sebenarnya risikolah yang membuatkan kita berjaya. Bahaya menjadikan kita lebih berwaspada. Kepayahan dan kesukaran sesuatu yang sementara. Nikmat bahagia hanya dapat dirasai oleh mereka yang tak pernah rasa bahagia. Nikmat kesenangan juga hanya dirasai oleh mereka yang tak pernah senang.

Pilihlah....jalan mana yang hendak kita lalui. Mudah-mudahan usaha tanpa jemu dapat mengubah segalanya......