31 December 2007

TAHUN 2007 MELABUHKAN TIRAINYA

Selamat tahun baru 2008

TANGGAL 17 NOVEMBER 2007 (7 Zulkaedah 1428h)

Ku lalui kehidupan seperti hari-hari sebelumnya...Padat! itu yang dapat ku rumuskan jadual harianku sejak mengikuti pengajian PJJ di UPM. Kerja pejabat tak menjanjikan cuti pada hari-hari cuti. Waktu bersama keluarga juga singkat. Jalan ini yang ku pilih bukan atas paksaan sesiapa tetapi mengikut gerak hati.

Hari ini (sabtu) aku memilih untuk mengikuti seminar PJJ di UPM. Seawal 7.30 pg aku perlu berada berada di UPM. Isteri seolah-olah lali dengan jadual harianku yang padat. Jam lebih kurang 8.00 malam baru aku muncul dirumah. Sampai dirumah aku serahkan barang yang ku beli difarmasi kepada isteri yang telah seharian dirumah keseorangan. Tadi sewaktu dalam seminar isteriku sempat SMS minta aku belikan alat menguji kehamilan. Aku biarkan isteriku buat ujian itu sendiri. Bukan kecewa setelah acap kali aku membantunya, tapi itu permintaan isteri. Kalau tak silap pukul 9.00 aku terlelap dihadapan TV...Letih. Pukul 10.30 malam isteriku mengejutkan ku daripada lena. Ujurnya dalam sebak "Bang, betul ke apa yang gee tengok nie". Aku hanya menjawab " Betul latu...kan ditulis 99% tepat kat kotak dia".

Sebenarnya aku takut...takut dengan keajaiban tuhan. 5 tahun usia perkahwinan ku dan seingat aku 3 kali aku buat ujian kehamilan. Waktu itu isteri ku seolah-olah tahu keputusannya '-ve' walaupun haidnya telah lewat. Pelbagai usaha telah kami ikhtiarkan tak kira rawatan moden atau tradisional. Prosedur IUI sempat kami lalui. Kami juga telah mengaturkan temujanji untuk prosedur IUI untuk sekian kalinya. Tapi belum sempat doktor menjalankannya. Kami telah di anugerahkan dengan sesuatu yang berharga.

Keesokan harinya aku bawa isteri ke Klinik yang beroperasi pada hari minggu (Ahad) untuk dapatkan pengesahan doktor. Ujur doktor " Tahniah..Isteri kamu mengandung 10 minggu".

Mudah-mudahan jalan-jalan yang kulalui di hari mendatang dipermudahkan oleh-Nya...Amin